Pengguguran kes pemimpin PH trend membimbangkan

Friday, August 3, 2018

Pengguguran kes pemimpin PH trend membimbangkan

Pengguguran kes pemimpin PH trend membimbangkan

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno mendakwa tindakan pengguguran kes mahkamah terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai satu trend yang membimbangkan.

Exconya, Rosnah Abd Rashid Shirlin mendakwa, perkara itu tidak seharusnya berlaku terutamanya ia membabitkan kes-kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.

“Kalau mengikut trend, ia bermula dengan kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan selepas mengetepikan hukuman 18 bulan.

“Kemudian, diikuti dengan pembebasan ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa daripada tuduhan memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak di laman sosial dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan itu juga tidak bertepatan dengan ‘rule of law’ yang sering disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah mengambil alih pentadbiran negara.

“30 Julai, peguam Lim Guan Eng berkata keputusan menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan itu dua tahun lalu bergantung kepada budi bicara Peguam Negara dan menambah Mahkamah Tinggi memberi tempoh sehingga 3 September depan kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan tentang penarikan balik kes.

“Trend kemudian berlanjutan pada 3 Ogos 2018 apabila ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan aktivis Mandeep Singh dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dari pertuduhan menyertai rali #KitaLawan tiga tahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, situasi ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia tidak sehaluan dengan manifesto PH.

“Manifesto PH yang jelas mengatakan perlu ada ‘separation of power’ atau pengasingan kuasa di antara pihak eksekutif dan pihak judisiari yang melibatkan pihak pendakwa dan mahkamah,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment