Peminat Haqiem Rusli tak puas hati dengan Noh Hujan
DALAM keterujaan peminat band Hujan meraikan persembahan kumpulan tersebut bersempena Love Suria Charity pada Sabtu semalam, peminat Haqiem Rusli pula sebaliknya.
Difahamkan ia berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan vokalis Hujan, Noh, ketika membuat persembahan dengan memetik nama penyanyi kesayangan mereka dengan ayat disifatkan kasar dan tidak sesuai.
Salah seorang peminat dan juga penonton yang hadir ketika persembahan tersebut berlangsung telah berkongsi petikan video persembahan tersebut yang menyaksikan Noh memetik nama Haqiem Rusli.
âBuktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi m****s Haqiem Rusli,â ucap Noh bersahaja.
Status tersebut yang petikan video yang dikongsi di laman Twitter milik penonton tersebut telah menarik perhatian peminat-peminat Haqiem Rusli sehingga mereka tampil bersuara dan mengecam kenyataan yang dikeluarkan Noh.
Malah ada di antaranya yang mempertikaikan gelaran Haji yang dimiliki Noh, selain mengaitkan nama isteri penyanyi itu, Mizz Nina.
Bagaimanapun, peminat-peminat Noh turut tampil mempertahankan Noh, dengan menjelaskan ia hanyalah gurauan Noh semata-mata dan menjadi kebiasaan dalam persembahan indie.
Jika mendengar kembali kenyataan Noh menerusi petikan video tersebut juga, vokalis band Hujan itu kelihatan hanya bergurau spontan dengan penonton yang hadir.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment