'Peluang Pas cerah, rakyat rasa tertipu dengan PH'
SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir meletakkan keyakinan Pas mempunyai peluang tinggi untuk menang PRK Seri Setia.
Menerusi perkongsian di lamam mikro Twitternya, Roslan berkata, PRK Seri Setia adalah signal kekecewaan rakyat terhadap janji PH.
"Baki 14 hari kempen ternyata semakin cerah. Gabungan jentera Pas-Umno makin mantap dan lebih penting penerimaan rakyat makin menyerlah. Rakyat kecewa dan tertipu dengan janji PH. Seri Setia akan jadi signal kebangkitan mereka," tulisnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Halimah miliki pengalaman luar biasa]
Beliau difahamkan berada di Makkah untuk ibadah haji namun tidak menghalang beliau mengikuti perkembangan perjalanan kempen PRK Seri Setia yang meletakkan calon Pas, Dr Halimah Ali.
Ciapan berkenaan mendapat reaksi pengikutnya yang turut memberikan sokongan terhadap kenyataannya.
"Hanya yang taksub PH dan hati dah tertutup akan tetap undi PH," tulis Muhammad Najid Ahmad Khairani.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment