Menteri Luar Australia umum letak jawatan

Sunday, August 26, 2018

Menteri Luar Australia umum letak jawatan

Menteri Luar Australia umum letak jawatan

SYDNEY - AUSTRALIA. Menteri Luar Australia, Julie Bishop mengumumkan peletakan jawatannya dari kabinet perdana menteri baharu, Scott Morrison yang  memenangi saingan tiga penjuru Parti Liberal bagi menggantikan Malcom Turnbull yang dipaksa mengosongkan jawatannya.

Bishop akan mengambil tempat di belakang tabir namun masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada pilihan raya negara itu yang dijadual pada Mei tahun depan.

Beliau yang turut bertanding dalam undian Jumaat lalu bersama Morrison dan bekas Hal Ehwal Dalam Negeri, Peter Dutton bagaimanapun tersingkir pada pusingan pertama.

Morrison dilantik sebagai perdana menteri Australia setelah memperoleh 45 undi berbanding Dutton dengan 40 undi.

Pemergian Bishop bermakna kemungkinan pilihan raya kecil bagi mengisi jawatannya dan ia membimbangkan kerajaan Morrison yang mempunyai majoriti di parlimen dengan hanya kelebihan satu kerusi. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment