Jemaah haji Malaysia selamat
ARAFAH â€" ARAB SAUDI . Tabung Haji memaklumkan semua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan hujan lebat dan ribut di sini malam tadi.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan.
Namun jelasnya, khemah-khemah berkenaan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.
“Bekalan elektrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10:45 malam,†katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook Tabung Haji, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat landa Arafah ]
Ribut di Arafah bermula pukul 6:30 petang sehingga 8 malam (waktu Arab Saudi)
Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Mashat telah memaklumkan ribut tersebut telah reda dan situasi kembali normal.
Katanya, ribut tersebut tidak memberi impak yang besar dan pihaknya akan segera membaiki kerosakan.
Beliau turut mengesahkan cuaca buruk itu tidak akan memberi kesan kepada jemaah.
sumber:
0 comments:
Post a Comment