Cara patahkan hujah transgender

Monday, August 27, 2018

Cara patahkan hujah transgender

Cara patahkan hujah transgender

HUKUM fitrah kemanusiaan ialah jantina hanya ada dua iaitu lelaki atau wanita. Ini hukum asal mengikut syariah. Jantina adalah persoalan biologi sejak lahir.

Tetapi Islam juga iktiraf ada masanya kemaluan bayi adalah samar. Contohnya, khunsa ialah situasi di mana bayi mempunyai dua kemaluan. Dalam kes ini, pakar biologi akan membuat keputusan tentang mana satu kemaluan akan dikekalkan.

Walau bagaimanapun, istilah transgender di Barat bukan sahaja merujuk kepada situasi kesamaran kemaluan tetapi juga kepada situasi di mana seorang lelaki yang telah menjadi ayah dan suami selama 30 tahun, tiba-tiba ubah kemaluan lelakinya kepada kemaluan wanita. Dia sanggup tinggalkan anak dan isterinya hanya kerana secara psikologi sudah timbul perasaan kewanitaan! Akibatnya institusi keluarga runtuh.

Kerana risiko keruntuhan keluarga yang tinggi, gerakan transgender mengalami tekanan yang tinggi untuk mencari hujah-hujah menghalalkan transgenderisme secara mutlak.

Hujah utama yang paling kuat menyokong transgenderisme ialah hujah genetik. Transgender dakwa bah awa mereka dilahirkan begini kerana DNA dan struktur otak mereka memang lain.

Pada 1995, pakar Neurobiologi, Dick Swaab, mendapati wujudnya beza struktur otak jantina lelaki dan wanita. Kemudian beliau juga mendapati struktur otak transgender lebih menyerupai struktur otak wanita.

Teori ini sangat diragui kerana sampel hanyalah berdasarkan12 orang transgender! Dick Swaab telah menghabiskan 25 tahun hanya untuk kaji 12 sampel ini sahaja.

Dengan tekanan politik yang bertubi-tubi ke atas sains untuk membuktikan Amerika tidak salah bila mengiktiraf perkahwinan sejenis, sebuah konsortium universiti-universiti Amerika sudah ditubuhkan. Ia berusaha mengumpulkan 10,000 sampel di mana 3,000 adalah transgender.

Setakat ini masih tidak jumpa sebarang bukti biologi kukuh bahawa transgender ini adalah fitrah semula jadi. Bahkan Prof Paul McHugh yang juga Ketua Psikiatri John Hopkins Hospital dan mendapat penghormatan Khidmat Cemerlang di Universiti John Hopkins Medicine adalah antara mereka yang bersuara lantang mengatakan bahawa masalah transgenderisme ialah masalah psikologi, bukan biologi.

Prof McHugh menentang pembedahan tukar jantina kecuali kes-kes luar biasa seperti ada dua kemaluan. Bahkan Prof secara terbuka menghentam transgender sebagai 'counterfeits' iaitu sebuah pemalsuan! Prof kata transgender perlu terapi psikologi supaya mereka terima gender semula jadi mereka sejak lahir. Kalau mereka dilahirkan dengan kemaluan lelaki, mereka perlu diberi terapi untuk terima identiti jantina mereka sebagai lelaki.

Hujah biologi sebenarnya adalah hujah yang paling lemah. Kalau terdapat bukti biologi bahawa DNA atau struktur otak transgender adalah beza, maka timbul persoalan adakah setiap transgender sanggup scan otak mereka untuk buktikan bahawa DNA atau struktur otak mereka adalah selari dengan biologi transgender?

Kalau terbukti tidak selari, ini bermakna mereka terpaksa terima hakikat bahawa mereka mengalami kesihatan mental! Saya rasa tiada transgender akan berani mengambil risiko yang tinggi ini.

Satu lagi hujah popular ialah Prinsip Mudarat yang didukung oleh ahli falsafah liberal John Stuart Mills. Prinsip ini berkata bahawa selagi sesuatu perbuatan itu tidak memudaratkan orang lain, maka perbuatan ini baik. Transgenderisme adalah isu peribadi dan tidak memudaratkan orang lain.

Prinsip ini telah dikritik hebat kerana gagal melihat realiti kehidupan yang kompleks. Bagaimana mungkin transgenderisme tidak memudaratkan isteri yang tiba-tiba dapat tahu suaminya sudah tukar menjadi wanita?

Bagaimana transgenderisme tidak memudaratkan masyarakat yang berpegang kepada ajaran agama yang mengharamkan transgenderisme? Transgender dianggap pembuli agama dan memaksa agamawan untuk terima ajaran agama yang baharu tentang identiti gender!

Donald Trump sendiri tidak membenarkan transgender untuk berkhidmat sebagai askar Amerika! Walaupun Trump adalah presiden yang begitu open minded, tetapi beliau tetap nampak transgenderisme ini bukan sekadar isu peribadi. Ia memudaratkan ketenteraan!

Hujah terakhir adalah berdasarkan perasaan kewanitaan semata-mata. Kalau seorang lelaki ingin menjadi kucing kerana dia rasa dia adalah kucing, maka adakah kita kata dia sihat mental? Demikian juga kalau seorang lelaki ingin menjadi wanita kerana dia rasa dia adalah wanita, adakah kita kata dia sihat mental juga?

* Abdul Naser Tun Rahman, Tokoh Pendakwah Perak

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment