Teliti semula Tembok MCKIP
KUANTAN - Kerajaan Persekutuan kini mengkaji semula pembinaan tembok besar di Taman Perindustrian Malaysia - China (MCKIP) yang menjadi isu dan tanda tanya masyarakat sekitar ketika zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan akan meneliti semula perjanjian yang dilakukan mengeÂnai tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks indusÂtri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai Tembok Besar China Kuantan.
âSaya akan meneliti semula perjanjian yang dilakukan bersama kerajaan terdahulu adakah memang ada tertulis bahawa boleh mereka membina tembok tersebut dan kalau ada mengapa ianya dibina.
âDan adakah perjanjian pembinaan tembok tersebut mengikut peraturan. Segala persoalan ini perlu dijawab kerana pembinaan tembok ini telah membuat masyarakat sekitar mempersoalkan ke arah negatif dan saya akan lihat dulu perjanjian itu kata apa,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Dialog 10 Janji 100 Hari Apa kata Menteri di Pusat Komuniti Dun Semambu di sini.
Saifuddin berkata jika perjanjian tersebut tidak tertulis tembok, maka kerajaan tidak teragak-agak akan merobohkan tembok tersebut.
Namun, dia mengakui bukan mudah untuk merobohkan tembok tersebut dan kerana itulah kerajaan memerlukan masa meneliti perjanjian yang dilakukan oleh kerajaan terÂdahulu (BN).
âKalau tak ikut peraturan ada tak peraturan yang boleh kita robohkan kerana kita tak boleh robohkan secara tiba-tiba sahaja. Jadi, langkah pertama kita kena tengok perjanjian tersebut dahulu.
âKeduanya, jika disebut tembok kita akan kaji juga undang-undang mana yang mereka gunakan. Kita nak robohkan pun ada undang-undang sebab itu (tempat) hak dia. Kita kena ikut langkah satu persatu,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment