Tarik balik permohonan PPR Kota Bharu
KOTA BHARU - Kerajaan menarik balik hampir 700 permohonan menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di Jalan Kelochor, Kota Bharu selepas mendapati berlaku ketirisan kelayakan melibatkan permohonan penduduk yang terlibat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jumlah tersebut adalah daripada 1,000 permohonan yang sedia ada.
âBagaimanapun kita buka permohonan baru hingga 13 September ini bagi memberi peluang kepada mereka membuat permohonan semula.
"Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya 325 pemohon yang layak menduduki kerana penempatan semula kawasan setinggan manakala baki selebihnya kita terpaksa gugurkan dan membuka kembali permohonan baru kerana mendapati permohonan sebelum ini dibuat secara tidak telus,â katanya kepada media disini.
Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang turut dihadiri oleh seluruh kepimpinan PKR negeri.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment