Tambah baik sistem BR1M sedia ada: Hadi
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan konsep membantu golongan miskin perlu diteruskan bagi mengatasi masalah kemiskinan di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapat beliau berhubung cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak lama lagi.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah pembaikan terhadap sistem sedia ada dan melakukannya dengan cara sistematik, bukannya âhilangâ begitu sahaja.
âApa yang penting adalah konsep membantu orang miskin, konsep itu perlu diteruskan. Yang penting adalah melakukan pembaikan untuk melakukannya dengan cara sistematik.
âJangan hilang begitu sahaja. Usahakan betul-betul supaya dapat mengatasi masalah kemiskinan,â katanya pada sidang media selepas Majlis Melabuh Unjam di Perairan Marang, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: BR1M dikurangkan sebelum mansuh: Tun M]
Semalam, Dr Mahathir memaklumkan kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.
Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment