Saluran paip air Perak, Pulau Pinang dalam pembincangan

Sunday, August 19, 2018

Saluran paip air Perak, Pulau Pinang dalam pembincangan

Saluran paip air Perak, Pulau Pinang dalam pembincangan

IPOH - Kerajaan Pusat dalam peringkat perbincangan untuk membina satu terowong (saluran paip) bertujuan menyalurkan bekalan air mentah dari Perak ke Pulau Pinang.

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar  berkata, pelan pembinaan terowong berkenaan difahamkan sudah pun tersedia manakkala satu mesyuarat membincangkan lebih lanjut akan diadakan.

Bagaimanapun menurut Xavier, pembinaan terowong hasil peruntukan kerajaan Pusat itu dijangka  mengambil masa untuk disempurnakan pembinaannya.

"Kedua-dua negeri mahu bekalan air mentah ini berterusan.

"Dalam masa sama, Perak juga berminat menjual air menjual air ke Selangor di Sungai Bernam. Mungkin ada perbincangan nanti.

"Kita nak tengok macam mana, sebab sekarang kita rundingan Selangor dan Kerajaan  Pusat bermula, tapi terus ke fasa dua sebab tak cukup air," katanya.

Xavier berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra di Clear Water Sanctuary Resort, Batu Gajah petang tadi.

Sementara itu, Xavier yang juga penyandang Naib Presiden PKR berharap agar ahli PKR di negeri ini dapat memberikan sokongan kepadanya sempena pemilihan parti dijadualkan September depan.

"Hari ini saya ke sini atas urusan parti khusunya berkempen untuk pemilihan parti hujung September ni.

"Saya bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment