RUMAH panjang 20 pintu di Kampung Sungai Merah, Pantu, Sri Aman musnah dalam kebakaran hari ini, menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, berkata ketika kejadian 4.40 petang itu, kesemua penghuni sedang beristirehat sempena cuti hujung minggu sebelum menyedari kebakaran berlaku.
Katanya, cuaca panas dan kering menyebabkan api merebak pantas ke keseluruhan rumah, memaksa penghuni bergegas menyelamatkan diri.
âMujur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Kesemua penghuni bergegas berlari keluar dari rumah berkenaan, namun tidak sempat menyelamatkan barangan peribadi masing-masing.
âBagaimanapun, punca dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan,â katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, anggota bertugas terpaksa menggunakan sumber air dari kolam ikan berhampiran bagi memadamkan kebakaran.
Sebagai langkah susulan, katanya, anggota bertugas turut melakukan pemantauan bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran, terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.
Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment