Pulut istimewa tarikan di pasar pagi Kepong

Monday, August 27, 2018

Pulut istimewa tarikan di pasar pagi Kepong

Pulut istimewa tarikan di pasar pagi Kepong

ALUR LIMBAT - Tradisi perniagaan kecil-kecilan penduduk setempat memasarkan hasil produk kampung masing-masing di pasar giliran juga dikenali sebagai pasar pagi masih terus subur di Kepong, di sini.

Di sini, tarikannya bukan sahaja kerana harga barang jualan lebih murah tetapi juga pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan makanan termasuk yang istimewa atau jarang ditemui di tempat lain.

Seorang peniaga, Mohd Syafiq Ismail, 30, berkata, pulut pagi atau pulut manis antara makanan yang dianggap istimewa dijual di pasar giliran berkenaan dan menarik perhatian pengunjung setempat.

Menurutnya, makanan tersebut merupakan makanan tradisional orang Kelantan dan Terengganu yang diubah suai menjadi lebih enak sehingga mempunyai keunikan tersendiri namun dijual murah.

"Di Kelantan orang panggil pulut pagi tapi di Terengganu kita panggil pulut manis dan saya menambah kelapa parut dan kacang merah menjadikan ia lebih enak dimakan pada harga hanya RM2 sebekas.

Makanan kegemaran penduduk Kelantan dan Terengganu ini ditambah kelapa parut dan kacang merah menjadikan ia lebih enak.

"Sambutan tidak pernah menghampakan malah setiap kali berniaga di pasar pagi Kepong, saya dan keluarga perlu menyediakan enam kilogram pulut untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya, hari ini.

Selain makanan, orang ramai tertumpu untuk membeli keperluan harian dengan harga murah termasuklah buah-buahan seperti duku yang dijual pada harga RM9 dua kilogram berbanding RM12 di bandar raya.Pasar

giliran itu merupakan pasar terbuka dengan corak perniagaan tradisional dan lazimnya kalangan peniaga adalah warga tempatan yang sekadar duduk bersimpuh dan bersila menunggu pelanggan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment