Program bantuan rakyat diperhebat
SHAH ALAM - Matlamat pemberian program bantuan kepada rakyat perlu diperbetul supaya ia akhirnya tidak disebut sebagai rasuah.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, bentuk bantuan diberikan ada pelbagai, sebahagiannya untuk bantu rakyat teruskan hidup, perluaskan perniagaan mereka tapi tidak sesekali beri bantuan untuk meraih sokongan politik.
âJika niat beri bantuan sama ada dalam bentuk wang seperti BR1M atau dalam bentuk lain untuk tujuan sokongan politik, itu tidak betul dan itulah yang dimaksudkan sebagai rasuah.
âNiat perlu betul, beri bantuan tak kira dalam bentuk duit, baja atau racun kepada petani umpamanya atau barangan keperluan ia perlulah diberikan kerana rakyat itu layak dan berhak mendapatnya, âkatanya kepada Sinar Harian,semalam.
Beliau berkata, pemberian bantuan juga perlulah atas dasar tanggungjawab serta tugas yang wajib dijalankan kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat.
âBagi Pakatan Harapan (PH) melalui program bantuan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang kita buat, kita beri rakyat bantuan bersifat sementara mengikut keperluan mereka.... Apa yang lebih penting adalah untuk mengupayakan mereka supaya akhirnya mereka dapat keluar dari kepompong kesusahan.
âDari beri mereka ikan, kita cuba beri pancing supaya mereka akhirnya dapat menjana pendapatan sendiri dan berdikari,â katanya.
Izham berkata, beliau bagaimanapun mengakui tidak semua rakyat mampu keluar dari kepompong kemiskinan dan memerlukan bantuan berterusan.
âBagi golongan seperti OKU atau yang uzur itu kita faham dan akan terus bantu tanpa sebarang agenda tersembunyi, â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment