Pegawai pengiring kembali bertugas dengan Mindef
KUALA LUMPUR - Tiga pegawai pengiring yang masih bertugas dengan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas PRU14 sudah kembali bertugas dengan Kementerian Pertahanan.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam sidang media di Wisma Perwira ATM, selepas Majlis Perhimpunan Kementerian Pertahanan di sini, pagi tadi.
Menurutnya, kementerian masih lagi menjalankan siasatan dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan.
âItu sedang dalam urusan tindakan dan sedang dalam proses untuk ambil tindakan.
âMereka telah kembali kepada tugas,â jawabnya ringkas.
Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan kes melibatkan pembantunya, Ahli Parlimen Kota Raja ini menyerahkan semuanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika ditanya berhubung desakan untuk memberhentikan pegawainya itu, Mohamad seakan memberi bayangan bahawa beliau mungkin tidak akan mengambil tindakan sedemikian.
âKalau orang yang kena siasat semua kena berhenti, banyaklah yang berhenti. Saya disiasat oleh polis berpuluh kali dalam hidup.
âTapi yang didakwa satu atau dua saja, itu pun saya menang (kes tersebut),â ujarnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment