Maybank menang 2 anugerah Majikan Pilihan
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) memenangi Majikan Pilihan Utama Graduan dan Majikan Paling Menarik untuk Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan Randstad.
Graduan adalah majalah utama Malaysia yang menumpukan kepada pelajar peringkat tinggi serta graduan juga menyediakan gambaran menyeluruh terhadap landskap kerjaya tempatan sementara Randstad yang berpangkalan di Belanda adalah peneraju global dalam industri perkhidmatan sumber manusia.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Nora Manaf berkata, kemenangan itu adalah bukti akan usaha berterusan bank berkenaan menyediakan tempat kerja yang kolaboratif dan inklusif kepada pekerja.
"Kami gembira menerima satu set lagi anugerah industri bagi mengesahkan kepimpinan kami dalam bidang pengurusan bakat.
"Graduan dan Randstad adalah pemerhati industri yang mempunyai reputasi dan sentiasa mendengar serta berkongsi pandangan orang awam, dan dalam kes ini, pandangan mereka terhadap apa yang membuatkan majikan itu baik," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment