Kiswah hampir diterbangkan angin

Sunday, August 19, 2018

Kiswah hampir diterbangkan angin

Kiswah hampir diterbangkan angin

JEDDAH - ARAB SAUDI. Imej dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kain kelambu Kaabah iaitu kiswah hampir diterbangkan angin kencang yang melanda Makkah, lewat petang semalam.

Insiden itu menarik perhatian jemaah haji yang berada di Masjidil Haram.

Difahamkan, Makkah antara kawasan yang dilanda angin kencang sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di sini, membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.

Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.

Ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.

Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji kali ini. - Al Arabiya



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment