Kerajaan guna pendekatan liberal dalam laksana SST

Sunday, August 19, 2018

Kerajaan guna pendekatan liberal dalam laksana SST

Kerajaan guna pendekatan liberal dalam laksana SST

GEORGETOWN - Kerajaan akan menggunakan pendekatan liberal dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan peniaga dibenar membuat pengisytiharan sendiri bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi menerapkan kepercayaan  terhadap golongan peniaga sekali gus menangkis persepsi seolah-olah ada  peniaga mahu lari daripada membayar cukai.

"Kita memberikan kepercayaan kepada peniaga, pembayar cukai dan mereka (peniaga) juga mesti percaya dengan kita ini kerana sebelum ini mungkin ada yang menganggap mereka (peniaga) seperti  mahu lari daripada (membayar)  cukai.

"Jadi kita memberi mereka peluang untuk mengisytiharkan barang dan perkhidmatan yang mereka percaya boleh dikecualikan daripada SST dan kami akan menerimanya. Tetapi pada masa yang sama kami akan menyiasat dan mengambil tindakan jika pernyataan yang diberikan mereka  palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'A Date with Finance Minister'  anjuran Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)  di sini, hari ini. Pada majlis itu Lim turut memberikan taklimat tentang SST.

Berhubung sama ada langkah itu boleh mendatangkan berisiko memandangkan amanah itu diberikan kepada peniaga, Lim berkata ia adalah sebahagian daripada proses membina kepercayaan pedagang terhadap kerajaan.

"Ia berdasarkan kepercayaan bersama, kita mengubah pendekatan dan mereka boleh menunjukkan bahawa mereka adalah pembayar cukai yang bertanggungjawab mengikut undang-undang," katanya.

Pengenalan semula SST  bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, 7 Ogos lepas.

Guan Eng dijangka  membentangkan Rang Undang-Undang SST pada persidangan Dewan Negara esok.

Ketika ditanya berhubung cabaran bagi pelaksanaan SST berikutan Dewan Negara mempunyai ramai wakil daripada pembangkang yang mungkin tidak menyokongnya, Lim berkata beliau akan cuba menyakinkan mereka memandangkan SST amat penting untuk negara.

"Saya akan cuba yakinkan, ini adalah penting untuk negara supaya kita ada hasil yang cukup sekiranya tidak, negara kita akan menghadapi defisit yang agak teruk.Janganlah kerana kepentingan politik semata-mata kita buat perkara-perkara yang tidak memberi kepentingan kepada rakyat.

“Saya  yakin  (anggota) Dewan Negara sedar  tentang peranan penting mereka dan akan buat keputusan yang bijak," katanya yang akan menghadiri majlis makan malam bersama Anggota  Dewan Negara malam ini. â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment