Kayuhan Merdeka semarak semangat patriotisme
ALOR SETAR - Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Laksamana tekad menempuh perjalanan hampir 20 kilometer (km) dari sekolah itu ke Gunung Keriang demi membuktikan rasa cintakan negara sempena program Kayuhan Merdeka Jalur Gemilang.
Penyelaras Program, Mohd Rizal Abd Rahman berkata, seramai 40 pelajar menunjukkan semangat patriotik mereka dengan berbasikal dalam program itu.
Menurutnya, peserta kemudian mendaki puncak Gunung Keriang untuk mengibarkan Jalur Gemilang selepas melakukan kayuhan dari sekolah.
"Kita mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti itu demi memupuk semangat patriotik dan jati diri, sekali gus melahirkan pelajar yang cergas dan aktif.
"Alhamdulillah, kami bersyukur program kayuhan basikal mendapat sambutan dan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang dibantu dua polis trafik," katanya.
Terdahulu, Pengetua SMK Tengku Laksamana, Harizan Sulaiman membuat pelepasan peserta kayuhan bersempena perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-61 itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment