Bukan polis roboh sekatan
KOTA BHARU - Kehadiran pihak polis di tiga kawasan sekatan yang dibina komuniti Orang Asli di Gua Musang semalam bertujuan mengawasi aspek keselamatan kedua-dua pihak dan bukan merobohkan sekatan itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya berharap orang ramai tidak keliru dengan kehadiran pihak berkuasa berkenaan di lokasi itu kerana ada laporan pihak tertentu yang mendakwa mereka terlibat meroboh sekatan.
âTugas dan tanggungjawab kami adalah memastikan semua yang terlibat dalam insiden itu berada dalam keadaaan aman dan selamat.
âKami sebelum ini menerima permohonan dari Jabatan Perhutanan Kelantan yang meminta polis untuk mengawal keadaan sekirannya berlaku kekecohan, jadi kami berada di situ untuk menjaga keamanan. Kerja-kerja meroboh pula adalah bidang kuasa Jabatan Perhutanan,â katanya.
Beliau berkata, kehadiran 234 anggota polis dari Pasukan Gerakan Am masing-masing di sekatan Cawas, Kaleg dan Keyeh bukan sahaja menjaga keselamatan pihak Jabatan Perhutanan yang melaksanakan tugas mereka, malah turut menjaga keselamatan Orang Asli yang membina sekatan itu.
âSetakat semalam, Orang Asli memang memberikan kerjasama yang baik walaupun ada yang bertindak membina sekatan baru dengan duduk bersila selepas sekatan dirobohkan.
âPihak berkuasa yang terlibat juga tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya mereka membuka satu persatu kayu yang digunakan untuk menyekat laluan utama,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment