Al Haddad syarikat patuh syariah

Monday, August 27, 2018

Al Haddad syarikat patuh syariah

Al Haddad syarikat patuh syariah

SUNGAI PETANI - Solat Duha, Solat Hajat dan Ratib Al-Haddad menjadi rutin harian kakitangan Al Haddad Marketing dan Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd yang mana produknya kian berkembang di pasaran dalam dan luar negara.

Solat Zohor dan Asar pula dilakukan secara berjemaah  di samping kuliah pengajian agama oleh penasihat Al Haddad Group, Datuk Syed Mohd Mahayadin Syed Akil Al Haddad yang dijalankan setiap minggu khas untuk kakitangan.

Pengarah Urusan Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd, Syed Salahuddin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad berkata, pihaknya tidak hanya menitikberatkan hal duniawi semata-mata, sebaliknya turut seimbang dari sudut ukhrawi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai majikan.

“Ayahanda kami akan menyampaikan sendiri kuliah kepada kakitangan, jadi mai kerja sekali dapat ilmu ukhrawi kerana kita nak didik mereka bukan mengejar dunia semata-mata, tetapi untuk akhirat juga,” katanya.

Perkenal minuman kesihatan

Sementara itu, adik beliau, Syed Ageel Syed Mahayadin Al Haddad yang merupakan Pengarah Urusan Al Haddad Marketing Sdn Bhd menjelaskan, mereka mengamalkan patuh syariah, diiktiraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), piawaian ISO 22000 Food Safety dan Green 5S Sirim.

Menurutnya, Al Haddad Marketing ditubuhkan pada 2011 dengan memperkenalkan empat produk OEM antaranya kopi tongkat ali, kopi manjakani, susu kambing dan soya kolagen.

“Selepas itu, kita buat pasaran seluruh Malaysia sebelum berlaku penambahan permintaan. Penghujung tahun 2012, kita lancarkan produk koko pra campuran kurma, Tamar Cocoa yang kini antara paling laris di pasaran.

“Oleh kerana permintaan terlalu tinggi, kita menubuhkan Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd pada 2014 bagi menampung pengeluarannya,” katanya.

Pada 2017, katanya, syarikat itu telah melancarkan sebuah lagi produk minuman terbaharu dikenali sebagai Malt-IQ.

“Paling terbaharu, kita pasarkan Tamar Cocoa Go iaitu minuman Tamar Cocoa yang didatangkan dalam botol sedia untuk diminum  dan juga Tamar Green Tea yang dijangka meletup di pasaran,” katanya.

Antara produk dihasilkan telah berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negara.

Kembang cawangan, luas pasaran

Menurutnya, ibu pejabat Al Haddad Marketing terletak di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang dan satu lagi cawangan pentadbiran terletak di Pasir Gudang, Johor manakala kilang penghasilan produk syarikat itu terletak di Kedah Halal Park, Sungai Petani.

Setakat ini, pihaknya berjaya mengeluarkan kapasiti 15 tan sehari Tamar Cocoa berbanding kapasiti pengeluaran sepenuhnya boleh mencecah kepada 45 tan sehari.

Di Malaysia, sebanyak 300 stokis berdaftar merupakan penggerak utama memasarkan produk syarikat itu ke seluruh negara, manakala bagi pasaran luar, beberapa buah negara sudahpun berjaya ditembusi termasuk Indonesia, Thailand, China, United Kingdom, Jepun, Singapura dan Arab Saudi.

“Alhamdulillah, setakat ini kualiti yang kita pertahankan mampu menambat hati pelanggan tidak kira dari pelbagai latar belakang agama dan kaum.

“Kalau kita tengok, orang bukan Islam pun sekarang ini tercari-cari produk halal,” katanya.

Jelasnya, Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd terletak di Kedah Halal Park, Kawasan Perindustrian Sungai Petani dan boleh dihubungi melalui talian 04-4404600.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment