Perluas projek Bank Makanan

Tuesday, August 14, 2018

Perluas projek Bank Makanan

Perluas projek Bank Makanan

SEREMBAN - Buat julung kalinya, kerajaan negeri mewujudkan Bank Makanan (Food Bank) inisiatif membantu golongan memerlukan.

Sebanyak RM7.55 juta diperuntukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan antaranya bantuan am, orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan bantuan sakit terlantar.

Justeru, mengambil inisiatif lain dan hasil gabungan idea pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini, maka timbullah idea  program Bank Makanan, selain pemberian bantuan kewangan bulanan.

Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan berkata, idea tersebut timbul selepas beliau keluar menyantuni kumpulan gelandangan di sekitar Seremban dan memberi bantuan makanan kepada mereka pada awal Jun lalu.

Menurutnya, bermula dari situ, beliau kemudian membawa idea Food Bank ini kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun dan diluluskan untuk diteruskan lebih serius, dengan penglibatan lima pasar raya sahaja ketika itu, iaitu Tesco, NSK, Family Store, Giant dan Aeon.

“Komitmen pasar raya ini hanya sumbangkan hasil tidak terjual mereka kepada Bank Makanan, yang mana kita bantu keluarga kurang bernasib baik, termasuk warga emas mahu pun gelandangan dengan menyediakan makanan atau keperluan barangan dapur.

“Melalui program ini, kita bukan sahaja beri makanan sedia dimasak, sebaliknya kita kumpulkan keperluan barangan mentah seperti sayur, buah, roti,sardin, susu, kek dan banyak lagi untuk diserahkan kepada keluarga memerlukan.

“Setiap hari akan ada sukarelawan dari pelbagai NGO bantu kita edarkan pek makanan ke kawasan ditetapkan, secara bergilir pada setiap hari tanpa gagal, termasuk beri makanan siap dimasak kepada gelandangan Seremban,” katanya.

Beliau berkata demikian, semasa temu bual bersama Sinar Live di Pejabatnya Wisma Negeri, semalam.

Nicole Tan ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian, Sarinah Mat Kasim di pejabatnya di Wisma Negeri.

Ujarnya, terdapat pelbagai cara mengendalikan program ini, selain membuat edaran beg berisi makanan dari rumah ke rumah dan memasak makanan tersebut, pihaknya juga membuat konsep ‘free market’ dengan meletakkan semua barang serta makanan yang diterima di satu tempat, dan penduduk di kawasan itu boleh datang sendiri mengambilnya secara percuma.

“Mereka hanya perlu bawa beg plastik atau bakul, pilih barang atau makanan yang mereka mahu kerana ada masanya kami menerima terlalu banyak bahan mentah, jadi kita buka kepada semua, buat secara free market.

“Kita sangat bertuah kerana sekarang ini banyak menerima tajaan antaranya daripada pasar raya besar, selain yang lima terawal itu, akan datang Pasaraya Econsave akan sertai kita, Hotel Royal Chulan Seremban, Klana Resort Seremban, Kelab Sungai Ujong, Kechara Soup Kitchen dan ramai lagi yang membantu menjayakan program ini.

“Selain di Seremban, program ini sudah diperluaskan ke Port Dickson, Bahau, Jempol dan Nilai, mana-mana keluarga yang perlu bantuan makanan, mereka boleh hubungi pejabat saya,” katanya.

Kata Nicole, kebanyakan penerima adalah mereka yang tersenarai dalam penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sehingga kini lebih 1,000 orang termasuk golongan gelandangan mendapat manfaat program ini.Dana Bank Makanan sehingga RM7.55 juta.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment