Beberapa bulan lalu, pelakon Nabila Huda memuat naik luahan hatinya di Insta Stories mendakwa dia pernah dipukul dan dihalau rumah oleh seorang individu. Nabila juga turut membidas tindakan wanita berkenaan yang didakwa telah memalukannya di khalayak ramai. Rata-rata netizen yang membaca status tersebut mengatakan ia seakan ditujukan kepada ibu tirinya

Baru-baru ini, Nabila mendedahkan hubungan dengan bapanya, Amy Search dingin sejak beberapa tahun lalu dan mengakui sudah tiga tahun tidak berjumpa.


BACA: Nabila Huda Bidas Ibu Tiri Di Instagram


“Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti. Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa. Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya,” katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, Nabila enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dengan ibu tirinya itu demi menjaga hati ramai pihak.

“Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami,” katanya.

Apa pun diharap masalah antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik. Hubungan anak beranak tetap tak akan putus. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.