Rafizi tak patut melulu dedah di media

Wednesday, August 15, 2018

Rafizi tak patut melulu dedah di media

Rafizi tak patut melulu dedah di media

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mempersoalkan  tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beberapa dokumen berhubung pegawai kanan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang disiasat ketika ini.

Chin Tong berkata, Rafizi tidak sepatutnya membuat pendedahan itu sewenang-wenangnya kerana bekas Ahli Parlimen Pandan itu boleh meminta penjelasan tentang perkara itu kepada Mohamad atau dirinya secara peribadi.

Menurutnya, tindakan Rafizi juga tidak adil kepada pegawai kanan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu kerana seolah-olah membenarkan penghakiman oleh media.

"Rafizi boleh saja hubungi menteri atau saya, atau individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.

"Tiada keperluan untuk pegawi itu dibicarakan oleh media. Tidak perlu untuk Rafizi mendedahkan perkara ini," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Alasan sukar diterima: Rafizi]

Semalam, Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai itu, membabitkan jumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.

Rafizi dilaporkan berkata, sukar menerima alasan kononnya wang itu diperoleh hasil biaya awam untuk melepaskan pegawai itu daripada status muflis.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mohamad atau Mat Sabu berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.

Dalam pada itu,Chin Tong mengakui mengenali dan bekerjasama rapat dengan pegawai berkenaan sejak enam tahun lalu dan mengetahui status muflisnya.

Katanya, tiada salahnya untuk pegawai itu mendapat pinjaman daripada rakan, apatah lagi untuk menganggapnya bersalah.

"Untuk membolehkan beliau dilantik, ada antara rakan dan keluarga membantunya supaya bebas daripada status muflis. Tiada apa yang meragukan.

"Kita perlu biarkan SPRM menjalankan siasatan dan memutuskan sama ada beliau akan didakwa atau dibebaskan. Tak perlu untuk didedahkan dan sebagainya," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment