Setiausaha Agung Kafa pula letak jawatan
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus berada dalam keadaan tidak menentu apabila terbaharu Setiausaha Agungnya, Husin Deraman mengumumkan peletakan jawatan, berkuat kuasa hari ini.
Husin ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan menerusi faksimili kepada pejabat badan induk berkenaan, pagi tadi.
âSalinan surat itu juga turut dihantar kepada presiden (Bibi Ramjani Ilias Khan) dan timbalan presiden (Datuk Seri Afandi Hamzah) menerusi aplikasi WhatsApp.
âTetapi setakat ini saya belum dapat maklum balas daripada mereka. Saya akan maklumkan perkembangan terkini mengenai kepada anda (wartawan) nanti,â katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.
Keputusan mengejut itu menyaksikan beliau menjadi individu keempat keluar daripada Kafa selepas dua Naib Presiden, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berbuat demikian beberapa hari lalu selain Bendahari, Datuk Ahmad Razali Ibrahim turut melepaskan jawatan, pertengahan Jun lalu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment