Dr. Maszlee tak tahu langganan Utusan Malaysia dihentikan
sumber: utusan
Namun katanya, kerajaan ketika ini dalam keadaan berjimat-cermat dan tidak memerlukan lagi langganan akhbar kerana rakyat kini boleh membaca berita menerusi dalam talian.
"Saya tak pasti, di mana dapat maklumat itu, sebab sepanjang hari saya di sini, jadi saya tak tahu.
"Saya kena tanya dululah, sebab kita dalam langkah berjimat-cermat, surat khabar sekarang ni pun boleh tengok online," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas tentang isu surat yang ditandatangani Penasihat Khasnya, Wan Saiful Wan Jan yang mengarahkan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan dibatalkan serta-merta. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment