Penjenamaan semula Pulau Besar hapuskan khurafat, syirik
MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri yakin penjenamaan semula Pulau Besar akan melenyapkan panggilan âPulau Syirikâ yang sering terkenal dengan aktiviti khurafat di negeri ini.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perancangan mentransformasikan lokasi itu sebagai destinasi pelancongan memandangkan sehingga kini ia hanya pulau bebas cukai bagi dua barangan sahaja iaitu rokok dan minuman keras dan langkah menggazetkan sepenuhnya sebagai pulau bebas cukai dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Melaka.
Menurutnya, transformasi ini mampu melonjakkan kedudukan Pulau Besar sebaris dengan pulau pelancongan lain seperti Pulau Langkawi walaupun sebelum ini Pulau Besar diselubungi aktiviti khurafat dan syirik sehinggakan memberi pelbagai persepsi negatif kepada pulau yang dahulunya menjadi tempat penyebaran Islam.
âPulau Besar akan kekal jadi khurafat kalau tidak dibangunkan, maka pembangunan itu sendiri salah satu agenda untuk melawan khurafat kerana kaedah melawan khurafat sebelum ini bagi saya gagal kerana pulau itu tidak dibangunkan.
âIa sunyi (Pulau Besar), kalau kita tengok ia seperti pulau terbiar kecuali ada tahfiz dan pulau itu juga tidak mempunyai produk, kalau ada produk, aktiviti khurafat akan dapat kita hapuskan,â katanya.
Adly berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di Ayer Keroh, di sini, sebentar tadi.
Katanya, produk berasaskan koko selain pinggan mangkuk dan barangan elektrik juga boleh diperkenalkan dan dipasarkan sebagai antara produk makanan di pulau tersebut selaras ia sebagai pulau bebas cukai.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment