Pemangku Raja Pahang sukacita isu selesai

Wednesday, August 1, 2018

Pemangku Raja Pahang sukacita isu selesai

Pemangku Raja Pahang sukacita isu selesai

KUANTAN â€" Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan sukacita baginda dengan keputusan kerajaan negeri yang mengumumkan penurunan kuasa kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah.

“Saya berasa amat suka kerana dalam tempoh tidak sampai 100 hari memimpin Kerajaan Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah membuat beberapa keputusan penting berkaitan rakyat.

“Antaranya ialah penurunan kuasa daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah.

“Bagi urusan pindah milik antara waris kadim kelulusan boleh diberikan dalam tempoh satu atau dua hari sahaja. Manakala urusan pindah milik selain waris kadim dan antara berlainan bangsa kelulusan boleh diberikan dalam tempoh 10 hari sahaja,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri ke 14, baru-baru ini.

Dalam titah tersebut, baginda turut berharap agar kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-11 dapat diteruskan di negeri ini terutamanya berhubung projek-projek yang akan memberikan impak terus kepada rakyat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment