Program RTM tak perlu tender terbuka: Gobind
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikecualikan daripada proses tender terbuka untuk perolehan program.
Beliau turut mengesahkan bahawa pengecualian itu membolehkan syarikat produksi yang telah menerima surat niat untuk meneruskan projek tersebut.
âJadi saya telah pun beritahu kepada syarikat produksi perfileman. Kita ada satu pengecualian untuk syarat itu.
âSaya dimaklumkan permohonan itu telah diluluskan dan surat akan dikeluarkan kepada RTM supaya diteruskan dengan projek-projek tersebut,â katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Kontrak itu pada awalnya dibatalkan apabila PH mengumumkan semua kontrak kerajaan termasuk penerbitan program televisyen dengan RTM perlu dianugerahkan melalui proses tender terbuka.
Gobind bagaimanapun pada 16 Julai lalu berkata beliau meminta Kementerian Kewangan memberi pengecualian kepada 100 syarikat produksi yang sudahpun mendapat surat niat untuk kontrak RTM.
Surat niat untuk 100 penerbit program televisyen itu ditawarkan oleh RTM kepada syarikat penerbitan tempatan semasa pentadbiran Najib melalui proses âpitchingâ sebagaimana lazimnya, tetapi belum dikeluarkan kontrak.
Ini menyebabkan syarikat produksi menanggung kerugian kerana sudah memulakan proses penerbitan dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment