Pelancong Sepanyol tercedera di Mulu
MIRI â" Seorang pelancong wanita warga emas dari Sepanyol telah diterbangkan ke Hospital Miri pada petang ini setelah cedera di kaki akibat tergelincir selepas melawat gua di Mulu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim Ah Lian berkata, Josesa Nebot Fotuny, 58, yang tiba di Mulu bersama dengan rakan-rakanya pada Isnin lepas tergelincir semasa dalam perjalanan balik setelah melawat gua di Mulu pukul 1 petang.
âBerdasarkan maklumat diterima dari pemandu pelancong di sana (Mulu), pelancong Sepanyol tersebut dipercayai cedera di bahagian buku lali,â katanya ketika dihubungi.
Maureen berkata, setakat ini tidak diketahui tahap kecederaan pelancong Sepanyol tersebut kerana masih menerima rawatan di Hospital Miri.
Menurutnya, pasukan Unit Udara Bomba Miri telah membuat penerbangan ke lokasi kejadian untuk mengangkut mangsa dan tiba di Hospital Miri pukul 6.33 petang. â" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment