Aliff Aziz digugurkan: Pengarah elak masalah dikemudian hari
BUAT pertama kalinya, Wardah Communication Sdn Bhd menerbitkan drama sulung mereka yang juga diadaptasi dari novel berjudul Biar Jadi Kaktus terbitan Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.
Drama 13 epsiod ini sudah pun memulakan penggambarannya sejak 4 Ogos lalu dan dijangka selesai pada 17 September depan.
Diarahkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar, drama ini membariskan pelakon yang tidak asing lagi seperti Uqasha Senrose, Zila Bakarin, Aman Graseka, Sahronizam, Kenjisawahi, Ismail Yaakob, Shafiq Shali, Atoi Tohet dan ramai lagi.
Difahamkan, Uqasha sepatutnya bergandingan dengan aktor yang juga penyanyi, Aliff Aziz, namun pada saat akhir, nama Aliff digugurkan dan digantikan dengan aktor baharu, Atoi.
Biarpun berdepan dengan sedikit masalah di awal proses pra produksi, namun penerbitnya, Saide Yaakub tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.
Katanya, sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penerbitan dan penyiaran, dia amat mementingkan disiplin tidak kira sama ada individu itu adalah krew mahupun selebriti terkenal.
"Pada asalnya dia (Aliff) dah bersetuju untuk berlakon dan cek untuk pembayaran juga sudah dikeluarkan tapi dia tak dapat ambil. Bila minta dia datang, dia beri pelbagai alasan.
"Orang meniaga (penerbit) tak bolehlah nak tunggu, kita pun nak untung. Kalau asyik nak tunggu macam mana nak mulakan penggambaran.
"Jadi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari dan menyelamatkan keadaan, kami gugurkan namanya serta gantikan dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik iaitu Atoi Tohet.
"Tidak dinafikan populariti Atoi belum lagi menyinar tapi pemilihan Atoi bukan sekadar tangkap muat, sebaliknya ia sudah mendapat persetujuan daripada pengarah dan juga stesen TV iaitu RTM," jelasnya kepada Sinar Harian.
Pada sesi pelancaran drama berkenaan yang dibuat pada 31 Julai lalu, Aliff juga gagal menghadirkan diri.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment