Facebook, Instagram perkenal aplikasi pengurusan masa
sumber: utusan
Antara fungsi aplikasi tersebut termasuk mengehadkan notifikasi dan menyediakan satu petunjuk yang membolehkan pengguna mengetahui berapa lama mereka melayari Facebook dan Instgram.
Facebook menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa aplikasi tersebut bertujuan mendidik pengguna supaya menggunakan platform media sosial secara positif dan bijak mengurus masa.
“Harapan kami adalah aplikasi ini dapat membantu pengguna mengawal masa mereka ketika menggunakan Facebook dan Instagram tanpa mengekang aktiviti fizikal lain termasuk perbualan bersama keluarga,” jelas kenyataan tersebut. - AFP
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment