Beri peluang golongan OKU buktikan kemampuan

Wednesday, August 1, 2018

Beri peluang golongan OKU buktikan kemampuan

Beri peluang golongan OKU buktikan kemampuan

IPOH - Golongan kelainan upaya (OKU) sewajarnya diberikan peluang untuk menceburi bidang pekerjaan dalam agensi mahupun swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS), Datuk Dr Ramanathan Ramiah berkata, sektor pekerjaan hari ini dilihat tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Oleh itu menurutnya, lebih banyak peluang pekerjaan khususnya bagi golongan OKU perlu diwujudkan.

“Golongan OKU sebenarnya berdepan kesukaran ketika mahu mencari pekerjaan di negara ini. Selain itu ada juga pekerjaan yang dilihat tidak bersesuaian dengan golongan berkenaan.

“Oleh itu, kita berharap agar perkara ini diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan khususnya dalam membantu menyediakan pekerjaan buat golongan OKU ini,” katanya.

Ramanathan berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Pesta Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya 2018 (OKU Job Fair) yang dijadualkan berlangsung 25 Ogos ini di YSIS mulai 8.30 pagi hingga 2 petang.

Difahamkan pesta kerjaya berkenaan yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Dayreak (PD) turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM).

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dijangka hadir dan sekali gus menyempurnakan perasmian pesta kerjaya berkenaan.

Sementara itu, Ramanathan berkata, pesta kerjaya berkenaan menyasarkan sekurang-kurangnya 150 OKU untuk didaftarkan dengan pekerjaan yang bersesuaian dengan keupayaan masing-masing.

“Pihak Jabatan Belia dan Sukan juga akan turut menyertai pesta karnival ini bagi mengenal pasti atlet paralimpik yang berpotensi untuk menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi acara sukan pada masa depan,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment