Berbelanja guna duit palsu
JERTIH - Dua peniaga kedai runcit masing-masing kerugian RM100 selepas ditipu pelanggan yang membeli barangan di kedai mereka menggunakan wang palsu.
Antara mangsa tersebut ialah pengusaha sebuah kedai runcit di Kampung Batu Tumbuh dekat Kampung Raja, Hasmizi Hassan, 30.
Menurutnya, dia menyedari kejadian itu pada sebelah malam ketika mengira wang hasil jualan pada hari tersebut di rumahnya pada hujung minggu lepas.
âKetika saya dengan isteri mengira wang jualan, isteri saya perasan ada kelainan pada not RM100 lalu apabila diperiksa didapati ia wang palsu.
âPada pandangan mata kasar memang nampak macam wang asli, cuma kertas sahaja yang nampak perbezaan ketara,â katanya.
Hasmizi berkata lagi, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja mengenai kejadian tersebut untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihaknya berjaya merakam gambar suspek pada jam 3 petang melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran kaunter kedai dan suspek didapati datang ke kedainya menaiki kereta Perodua Kancil berwarna biru.
âSuspek menggunakan wang palsu itu untuk membeli sebungkus rokok dan air kemudian pekerja saya mengembalikan baki wang kepadanya,â katanya.
Hasmizi memberitahu, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku di kedainya melibatkan jumlah yang sama.
Menurutnya, kali pertama berlaku juga pada Ogos tahun lepas namun tidak melibatkan kerugian apabila dia terlebih dahulu mengenalpasti wang tersebut adalah wang palsu selepas pelanggan menyerahkan wang untuk membeli rokok .
âSuspek terus melarikan diri apabila saya memberitahu tentang wang tersebut,â katanya.
Mangsa kedua adalah pemilik sebuah pasaraya mini di Kampung Mak Sara dekat Jertih yang turut kerugian kira-kira RM100 sehari sebelum kejadian di kedai Hasmizi.
Menurut pemilik kedai, Haswadi Hassan, 37, dia tidak dapat mengenal pasti suspek terlibat kerana menyedari wang palsu ketika mahu memasukkan wang ke dalam mesin deposit wang di sebuah bank di Jertih.
Katanya, dia mengetahui wang palsu selepas mesin tersebut tidak menerima wang itu walaupun beberapa kali dia masukkan.
âSaya tidak pasti siapa yang menggunakannya dan apa yang dibeli suspek dan saya juga tidak membuat laporan polis.
âSaya percaya wang palsu itu dihasilkan dengan cara dengan membuat salinan dan sekiranya diperhatikan banyak perbezaan ketara dengan wang asli,â katanya,.
Haswadi berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku di kedainya sebaliknya sudah dua kali berlaku sebelum ini.
Menurutnya, wang palsu yang diterima sebelum ini adalah suspek membelah dua wang tulen dan dibahagian yang dibelah ditampal dengan wang palsu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment