Tun M mahu rakyat hargai kemerdekaan

Thursday, August 16, 2018

Tun M mahu rakyat hargai kemerdekaan

Tun M mahu rakyat hargai kemerdekaan

KUALA LUMPUR - Menerusi filem pendek berjudul ‘Harapan Merdeka’, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mahu rakyat Malaysia lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai negara sejak 61 tahun lepas.

Dalam filem yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini bersempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, Dr Mahathir berkata ramai menganggap kemerdekaan itu biasa sahaja walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada semua warga Malaysia.

“Tapi kita kadang-kadang lupa menghargai kemerdekaan. Keadaan sudah berubah. Mereka sudah hidup senang lenang. Seolah-olah kemerdekaan itu biasa sahaja,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam babak perbualan bersama dua beradik yang membawa watak Aisyah dan Adam dalam filem pendek itu.

Pemimpin berusia 93 tahun itu menjawab persoalan Aisyah dan Adam yang bertanya kepada beliau mengapa rakyat Malaysia dilihat kurang mengibarkan Jalur Gemilang.

Hari Kebangsaan, kata perdana menteri, akan menjadi lebih meriah jika rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu merayakan hari yang bersejarah itu selain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Dr Mahathir yang mesra dipanggil ‘Atuk’ dalam filem berdurasi 9 minit dan 27 saat itu turut bangga dengan tindakan murni dua beradik itu yang berusaha gigih mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai termasuk rakan-rakan mereka bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan. â€" Bernama

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment