Tolak jika disuruh langgar undang-undang

Tuesday, August 14, 2018

Tolak jika disuruh langgar undang-undang


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat perbezaan antara arahan kerajaan melibatkan dasar-dasar tertentu berbanding arahan untuk melakukan jenayah.

“Dalam sistem kita, PTD, tentera dan polis perlu setia kepada kerajaan semasa (government of the day) tetapi kesetiaan itu tidaklah sampai tahap melakukan jenayah.

“Kalau disuruh membunuh, adakah hendak membunuh? Ada beza arahan kerajaan melibatkan dasar-dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama PTD di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan pimpinannya akan membela pegawai-pegawai kerajaan yang telah menjadi mangsa penganiayaan dalam usaha menegakkan kebenaran semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Tetapi kita perlu dapat laporan... Kita tidak boleh bela semua orang yang menjadi mangsa. Ada yang sudah kita lakukan (bela), jumlah mereka terlalu banyak, mungkin ada terlepas dari segi penyiasatan.

“Jika ada, sila maklumkan kepada kita apa menyebabkan mereka didera dahulu dan kerajaan akan bertindak mengembalikan orang itu ke pangkat lama dan membayar balik apa yang telah dihutang,” katanya dengan menambah, pampasan itu bagaimanapun bergantung dengan keupayaan kewangan kerajaan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment