KJ letak jawatan Komander 508AW
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meletakkan jawatan sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (508AW) hari ini.
Menerusi akaun Twitternya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, surat peletakan jawatan tersebut sudah dihantar kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Zainal Abidin M Said.
âTerima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi komander,â katanya.
Pada 14 Januari 2015, Khairy Kamaluddin dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral.
Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010, sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013.
Khairy Jamaluddin juga sebelum ini merupakan menteri pertama dianugerahkan pangkat sebenar dalam Askar Wataniah selepas menyertai pelbagai kursus dianjurkan Askar Wataniah.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment