Sasar RM40 juta nilai deposit
BANK Muamalat Malaysia Berhad menyasarkan penyertaan 250 pelanggan menerusi perbankan premier Islamik Muamalat Beyond sehingga Mac tahun depan iaitu tempoh tahun kewangan berakhir.
Ketua Pengurusan Kekayaan dan Perbankan Mewahnya, Sarimah Bashah berkata, sasaran tersebut, sekali gus melibatkan nilai deposit sebanyak RM40 juta.
âSetakat ini kita telah mempunyai 25 pelanggan yang menyertai perbankan ini sejak ia mula diperkenalkan iaitu pada 15 Mei lalu dengan nilai deposit berjumlah RM10.9 juta.
âMelihatkan respons ini, kami harap dapat menarik lebih ramai pelanggan seperti mana yang telah kami sasarkan sehingga Mac depan,â katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Perbankan Premier Muamalat Beyond, semalam.
Majlis pelancaran disempurnakan pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid bersama selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.
Mengulas lanjut, Sarimah berkata, sasaran perkhidmatan perbankan premier itu tidak hanya tertumpu kepada pelanggan di kalangan orang Islam, malah terbuka kepada semua pelanggan lain.
âSememangnya kita meletakkan fokus perbankan ini kepada pelanggan di kalangan orang Islam apatah lagi dengan peningkatan golongan ini.
âNamun pada masa sama, kita turut menyasarkan pelanggan bukan Islam dan kalau dilihat kebanyakan produk-produk kami turut menarik minat mereka,â katanya.
Menurutnya, setakat ini perbankan premier itu hanya ditawarkan di cawangan Ampang Point dan sebarang penambahan adalah bergantung kepada kejayaan sasaran pertamanya.
âBuat masa ini, kita hanya ada satu cawangan dan tiada perancangan penambahan dalam masa terdekat kerana ia masih baharu diperkenalkan,â katanya.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Mohd Munir berkata, Bank Muamalat merupakan bank Islam institusi kewangan pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan tersebut kepada para pelanggannya.
âPerkhidmatan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bank Muamalat untuk menyediakan pengalaman perbankan terbaik kepada para pelanggan segmen premium.
âDengan segmen ini juga kami, percaya mampu untuk memenuhi pasaran dengan elemen berbeza berbanding dengan apa yang ditawarkan ketika ini menerusi pengenalan perkhidmatan perbankan premier Islamik kami,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment