Restoran mamak buat hal lagi...
PUTRAJAYA - Walaupun kerap kali tular di media sosial memaparkan isu kebersihan di restoran mamak namun perkara tersebut seperti tiada titik noktahnya.
Pernah pada Mei lalu, tular rakaman video selama 29 saat memaparkan kumpulan pekerja terbabit mencuci pinggan dengan air lopak di Kuala Lumpur.
Dan terbaharu, seorang pelayar facebook, Amer Mohammad tergamam apabila mendakwa melihat perbuatan pekerja restoran tersebut mencampurkan ayam dengan sisa nasi ke dalam tray lauk.
"Tengah order maggie goreng mamak tiba-tiba seorang pekerja pegang seketul ayam dan bersarung tangan plastik datang dari dapur.
"Dia terus letak ayam dalam tray makanan campur ayam lain. Ia benar berlaku di depan mata saya," katanya.
Curiga melihat tindakan pekerja itu, Amer menghampiri tray makanan dan sempat mengambil gambar.
Paparan gambar itu menjadi tular selepas dia memuat naik gambar tersebut hari ini.
Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment