'Tak perlu cabar Anwar, Azmin'

Wednesday, August 1, 2018

'Tak perlu cabar Anwar, Azmin'

'Tak perlu cabar Anwar, Azmin'

KOTA BHARU - PKR Kelantan melalui 10 cabangnya mengulangi pendirian berharap agar jawatan presiden yang mahu ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar mana-mana pihak demi keharmonian parti itu.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, bukan sahaja jawatan presiden, namun timbalan presiden juga perlu dikekalkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, pihaknya berpendapat dua kepimpinan itu serasi bersama dan boleh menjalankan tanggungjawab parti dengan sebaik mungkin.

“Kami berharap cadangan dan desakan ini didengari pihak atasan demi permuafakatan dan keharmonian dalam parti.

"Walaupun sistem demokrasi mana-mana jawatan boleh dipertandingkan, tapi bagi kita demokrasi tidak semestinya bertanding, namun permuafakatan itu satu demokrasi yang patut kita raikan,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Turut hadir, beberapa ketua cabang dari setiap daerah negeri Kelantan.

Ab Aziz berkata, hasrat untuk melihat Anwar menjadi presiden sudah lama diimpikan akar umbi, tambahan pula bergandingan dengan Mohamed Azmin, maka kali ini pihaknya berharap parti dapat membuat keputusan dengan baik.

Katanya, pihaknya ingin melihat kejituan dan keutuhan parti menjadi teras perjuangan dan jika wujud pertandingan peringkat tertinggi, dikhuatiri bakal membuahkan pelbagai masalah lain selepas ini.

“Jawatan presiden ini tidak boleh diganggu, sebab dari dulu lagi kami memang mahukan Datuk Seri Anwar jadi presiden kami. Kita tidak mahu pertandingan ini cuba dipolemikkan pihak tertentu. Malah saya juga syorkan kepada negeri lain untuk ikut jejak langkah kita supaya tidak diteruskan, maka kita boleh bekerjasama dalam semua hal,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment