Pengedaran heroin, syabu tumpas

Tuesday, August 14, 2018

Pengedaran heroin, syabu tumpas

Pengedaran heroin, syabu tumpas

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah  dengan tertangkapnya seorang lelaki di kawasan tempat letak motosikal di Taman Abadi Indah, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, tangkapan suspek berusia 24 tahun itu dibuat kira-kira jam 1 pagi dalam operasi khas.

Menurutnya, pemeriksaan menemui empat paket plastik lutsinar berisi disyaki dadah jenis syabu.

"Soal siasat dan dengan dipandu arah oleh suspek membawa serbuan sebuah kondominium di Taman Abadi Indah.

"Pemeriksaan di kondominium terbabit berjaya menjumpai empat paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin dan 51 paket  disyaki dadah syabu dianggar seberat 0.913 kilogram. Polis turut menyita sejumlah wang tunai bernilai RM2,200," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah ini mampu menampung kira-kira 1348 orang penagih.

Katanya, dianggarkan kesemua barang kes ini berjumlah RM31,000.

"Suspek kini direman tujuh hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment