Ops Aidiladha JPJ bermula Jumaat ini
KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melancarkan operasi khas sempena cuti perayaan Aidiladha bermula Jumaat ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, operasi akan dijalankan selama sembilan hari bermula pada 17 sehingga 25 Ogos 2018.
Menurutnya, operasi akan memberi penumpuan kepada aspek keselamatan kenderaan yang keluar masuk ke Kelantan sepanjang musim cuti perayaan itu.
âKami mengambil kira sentimen rakyat negeri ini yang tinggal di luar daripada negeri ini dan akan pulang bercuti berhari raya.
âSeperti tahun-tahun lalu, dijangkakan berlaku pertambahan kenderaan yang banyak, maka penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pengguna semasa berada di jalan raya,â katanya selepas Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan di Pejabat JPJ, Panji, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment