Mungkin sepenggal tidak mencukupi untuk laksana sebahagian 10 janji - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui adalah mustahil untuk memenuhi 10 Janji 100 Hari seperti mana ditawarkan Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lepas.
Namun, beliau berkata, manifesto itu ditulis sebelum mereka berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, tanpa menyedari kedudukan fiskal negara yang agak meruncing.
"Kami terpaksa membuang sesetengah individu, beberapa perkara perlu diluluskan Parlimen, jadi ia ambil masa untuk membawanya ke Dewan, kami terpaksa menulis usul dan sebagainya. Jadi ia akan ambil sedikit masa untuk penuhi semua janji itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.
Ujarnya lagi, apa yang mampu kerajaan lakukan ialah memulakan proses bagi memenuhi segala janji yang ditawarkan.
“Kemungkinan tempoh (pemerintahan) sepenggal juga tidak mencukupi. Tetapi kebanyakan janji manifesto akan dipenuhi dalam tempoh berkenaan,” tambahnya lagi.
BACA: Saya tak pernah kata CEP hanya 100 hari - Tun Mahathir
sumber: astroawani

“Manifesto itu ditulis berdasarkan apa yang kami ketahui tentang kerajaan masa itu. Tetapi selepas kami ambil alih, kami dapati keadaan jauh lebih teruk.
"Kami terpaksa membuang sesetengah individu, beberapa perkara perlu diluluskan Parlimen, jadi ia ambil masa untuk membawanya ke Dewan, kami terpaksa menulis usul dan sebagainya. Jadi ia akan ambil sedikit masa untuk penuhi semua janji itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.
Ujarnya lagi, apa yang mampu kerajaan lakukan ialah memulakan proses bagi memenuhi segala janji yang ditawarkan.
“Kemungkinan tempoh (pemerintahan) sepenggal juga tidak mencukupi. Tetapi kebanyakan janji manifesto akan dipenuhi dalam tempoh berkenaan,” tambahnya lagi.
BACA: Saya tak pernah kata CEP hanya 100 hari - Tun Mahathir
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment