Kenaikan caj konsultasi kesihatan tambah beban rakyat

Wednesday, August 29, 2018

Kenaikan caj konsultasi kesihatan tambah beban rakyat

Kenaikan caj konsultasi kesihatan tambah beban rakyat

PUTRAJAYA - Cadangan untuk menaikkan yuran konsultasi bagi pengamal am memberi pelbagai reaksi negatif dalam kalangan pengguna.

Cadangan tersebut sekiranya dipersetujui Kementerian Kesihatan pastinya akan meningkatkan kos rawatan sedang rakyat semakin tenat ditekan pelbagai kenaikan harga barang dan komitmen kewangan dalam kehidupan.

Bagi suri rumah, Rosnani Che Osman, 55, kenaikan yuran konsultasi antara RM35 dan RM125 di klinik-klinik swasta amatlah tidak wajar dan jelas menambah beban rakyat.

Menurutnya kos rawatan di klinik swasta sekarang ini sudah dianggap mahal apatah lagi dengan kenaikan yuran konsultasi.

" Kebanyakan klinik mengenakan kos rawatan antara RM50-RM80 bagi kos tiga atau empat jenis ubat termasuk yuran konsultasi daripada klinik.

Ketika ini yuran klinik disifatkan masih rendah namun ianya sudah cukup besar bagi sesetengah individu seperti saya.

Amatlah tidak wajar menaikkan kos sedemikian. Diharapkan pihak kementerian lebih rasional dan mengambil perhatian perkara ini. Sakit bukan diminta dan bukan pilihan. Namun kos yang tinggi bertambah sakit kami,"katanya.

Bagi Mistina Buiman, 33, pula  yuran konsultasi harus sepadan dengan khidmat konsultasi yang diberikan doktor.

Sebaliknya katanya , kebanyakan doktor di klinik swasta sekadar memeriksa pesakit secara lebih kurang, malah ada juga yang tidak membuat pemeriksaan ke atas pesakit.

"Ada sesetengah pengamal perubatan hanya bertanya apa masalah pesakit, mengambil tekanan dan suhu lantas memberikan ubat.

Memang tak berbaloi langsung dengab bayatan yang dikenakan,"katanya.

Dalam pada itu, bagi Nakhidah Nik Hussin, 34, yang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik pula menyifatkan kenaikan yuran konsultasi adalah wajar dipertimbangkan.

"Yuran konsultasi sekarang sememangnya rendah jika dapat dinaikkan boleh menampung kos-kos lain dan bayaran gaji serta kemudahan di klinik,"katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment