Isu dadah: Guru, ibu bapa main peranan penting
SHAH ALAM - Golongan ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat penting untuk menanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak supaya tidak terdedah dengan pelbagai anasir negatif termasuk dadah.
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Selangor, Khairul Anuar Awang berkata, nilai kasih sayang itu dilihat mampu mengubah seseorang manusia termasuk anak-anak.
âDi peringkat sekolah, para guru memainkan peranan untuk cuba mendidik pemahaman yang sangat dalam tentang bagaimana murid-murid mengelak daripada mendekati perkara-perkara tersebut.
âAntara inisiatif di sekolah, kita ada Program 5 Minit Dadah di mana setiap pagi guru bercakap tentang bahaya dadah dan bagaiamana untuk menghindari dadah di kalangan murid,â katanya pada Wacana 69 - Dadah: Aku Peduli, Kau Jangan Tak Peduli, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment