DHL lancar promosi penghantaran percuma
DHL e-Dagang, bahagian perniagaan e-Dagang syarikat logistik terkemuka dunia, Kumpulan Deutsche Post DHL (DPDHL) menjangkakan pertumbuhan positif dalam perkhidmatan logistik e-dagang DHL di Malaysia, dengan menjalin usaha sama, Shopee Malaysia.
Pengarah Urusan, Asia Tenggara, DHL e-Dagang, Kiattichai Pitpreecha berkata, berdasarkan kajian, dijangka pertumbuhan perniagaan e-Dagang di Malaysia akan meningkat 22 peratus dalam tempoh empat tahun dari 2018 sehingga 2022.
âDaripada peratusan itu, dua hingga tiga peratus daripadanya disumbangkan menerusi bahagian peruncitan. Jadi, kami jangkakan pertumbuhan industri perniagaan e-Dagang di Malaysia akan memberi nilai positif apabila menjalin usaha sama dengan Shopee Malaysia susulan kejayaan pengintegrasian perkhidmatan logistik DHL e-Dagang di platform Shopee Thailand,â katanya pada Pengumuman Usahasama DHL e-Dagang dengan Shopee Malaysia, dalam menawarkan servis penghantaran domestik di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Ketua Operasi Shopee Malaysia, Esten Mok.
Tambahnya, dalam perniagaan e-Dagang, sistem penghantaran berperanan penting melahirkan pengalaman khidmat pelanggan yang menyeluruh.
âPada hakikatnya, 80 peratus pelanggan e-Dagang menyatakan bahawa sistem penghantaran adalah sebahagian daripada pengalaman beli-belah dalam talian dan 70 peratus lagi tidak akan membeli daripada peruncit atas talian setelah mengalami pengalaman penghantaran kurang positif.
âJadi kami teruja berusaha sama dengan Shopee di Malaysia untuk menawarkan pengalaman penghantaran yang mudah dan lancar sejajar dengan hasrat kami menjadi syarikat logistik e-Dagang pilihan utama,â katanya.
DHL e-Dagang, telah berkembang sebanyak 600 peratus di Malaysia 15 bulan selepas dilancarkan pada April 2017.
Esten pula berkata, industri e-Dagang tidak mungkin wujud tanpa sistem logistik yang kukuh kerana ia elemen penting keseluruhan proses beli-belah dalam talian.
Sebagai permulaan pemeteraian usaha sama ini, Shopee dan DHL melancarkan promosi penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM35.
Info lanjut layari https://shopee.com.my/dhllaunch.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment