Cuti umum Jumaat Sabtu, reaksi berbeza

Wednesday, August 1, 2018

Cuti umum Jumaat Sabtu, reaksi berbeza

Cuti umum Jumaat Sabtu, reaksi berbeza

KUANTAN â€" Masyarakat negeri ini memberi reaksi berbeza berhubung cadangan pelaksanaan cuti umum pada Jumaat.

Beberapa pembaca bekongsi pendapat mengenai perkara berkenaan.

Usahawan produk kecantikan, Datin Halipa Suhaimah Abidin berpendapat, akan berlaku konflik urusan jual beli terutama kepada ejen jualan dalam talian yang menggunakan khidmat pengeposan sebagai medium penting penghantaran.

“Memang beberapa negeri telah melaksanakan cuti Jumaat, Sabtu dan berdasarkan pengalaman kami selaku pengusaha produk serta ejen jualan, kena susun aktiviti dengan lebih sistematik.

“Ini kerana kami menggunakan khidmat pengeposan Pos Malaysia. Kesulitan berlaku terutama bagi yang berurusan dengan negeri lain yang tidak melaksanakan cuti Jumaat Sabtu. Banyak urusan mengambil masa panjang nanti

“Contoh Kuala Lumpur mengeposkan pada Khamis sepatutnya Jumaat boleh terima, tetapi negeri bercuti maka harus menunggu Ahad untuk menerima. Ertinya kiriman dari negeri yang tidak cuti Jumaat akan ambil masa tiga hari bekerja bagi negeri Pahang,” katanya.

Walau bagaimana pun katanya, perkara itu dapat ditangani dengan gerak kerja yang teratur dan mengambil kira perkembangan semasa negeri lain.

Seorang lagi ahli perniagaan, Rashidah Abdullah menyambut baik cadangan itu.

(kanan) NUR SHA HANUM, (kiri) RASHIDAH

“Ia memudahkan pekerja Islam menunaikan solat Jumaat dan tidak mengganggu urusan pekerjaan,” katanya.

Kakitangan Awam, Siti Rahimah Ramli tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ia tidak seiring dengan organisasi swasta yang lain.

Kakitangan swasta, Nus Sha Hanum Husin pula amat bersetuju cadangan tersebut kerana baginya biarlah hari Jumaat dijadikan hari berehat.

“Solat Jumaat akan ambil masa sekurang-kurangnya dua jam. Selama ini tempoh bekerja lelaki menjadi sangat pendek dan singkat. Cuti Jumaat dan kerja Ahad boleh meningkatkan produktiviti pekerjaan. Kalau semua negeri laksana perkara sama, pun lebih baik,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment