Menurut Zul, keberadaannya di negara jiran itu bukanlah atas tujuan bercuti, sebaliknya bagi menjalani latihan seni mempertahankan diri campuran atau dikenali dengan nama seni mempertahankan diri campuran (MMA).
“Saya pergi ke sana untuk latihan acara tersebut. Pada masa yang sama, wanita berkenaan turut menyertai latihan itu di Phuket.
“Jadi, tidak timbul isu saya bercuti dengannya. Saya kenal dia di sana dan kami berkawan. Itu sahaja,” katanya yang terbabit dalam penggambaran filem Sangkar dan memerlukan dia mahir dalam MMA.
Tambah Zul, dia melayan wanita itu seperti kenalan lain yang dikenalinya di sana, tidak lebih dari itu.
“Jujurnya, saya tak menjangka wanita bernama Tanya Glembotska itu akan melukis nama saya di jarinya menggunakan inai,” tuturnya.
Zul berkata demikian sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Kak Limah yang bakal menemui penonton pada 8 Ogos hadapan. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment