[UPDATE] 'Dia antara Renjer PERHILITAN terbaik'

Thursday, August 16, 2018

[UPDATE] 'Dia antara Renjer PERHILITAN terbaik'



RENJER Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu adalah seorang daripada empat renjer yang dihantar mengikuti aktiviti kaji selidik harimau di Taman Negara di Pahang.

Pengarahnya Mohd Hasdi Husin berkata, Tarmizi Ahmad Japli, 30, bersama tiga lagi rakannya dihantar ke Taman Negara pada 8 Ogos lalu, dan mereka dijangka menyiapkan kaji selidik di Hutan Simpan Yong antara 10 atau 14 hari.

“Program ini diadakan setiap bulan dan untuk kali ini, jabatan membuat keputusan untuk menghantar Tarmizi dan tiga yang lain.

“Tarmizi sudah berkhidmat dengan jabatan kami sejak empat tahun lalu dan ini adalah kali kelapan dia memasuki hutan di Taman Negara,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Mohd Hasdi berkata, Tarmizi yang berasal dari Kuantan, Pahang, adalah antara renjer terbaik PERHILITAN negeri.

“Dia seorang cukup komited dan berdedikasi dengan tugasnya, biarpun masih muda,” katanya.

Tarmizi adalah antara tujuh individu terbabit dalam Kajian Program Harimau Kebangsaan Kali-Pertama (1st National Tiger Survey) yang bermula di FELDA Kechau 11, Lipis.

Sebelum kejadian, Tarmizi dan kru lain sedang melalui laluan sungai untuk menarik keluar kamera sebelum rakannya menyedari kehilangannya.

Berita berkaitan

• Moga Tamizi berjaya ditemui...



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment