'Dah tua baru nak mengaji'
KOTA BHARU - âDah tua baru nak mengaji.â Itu kejian pernah diterima wanita warga emas ini, namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha menguasai al-Quran dengan menyertai Cordobana Kelantan di Pejabat Sinar Harian Kelantan, hari ini.
Ramlah Ismail, 62, berkata, dia sememangnya membaca al-Quran sejak kecil, namun memerlukan bantuan guru kerana tidak mengenal huruf di dalam al-Quran menyebabkan bacaannya hanya mengikut apa yang dibacakan guru al-Quran.
âSaya boleh membaca kalau ikut orang baca, kalau suruh mengaji sendiri memang tak tahu baca. Macam-macam orang kata pada saya, dah tua baru nak mengaji, tua-tua pun tak pandai mengaji, tapi semua itu saya dah lali dan anggapnya sebagai sebahagian daripada ujian ALLAH dalam perjuangan saya untuk pandai baca Quran.
âSelagi masih bernyawa dan belum dijemput ALLAH, selagi itulah saya berpeluang dan akan terus belajar mengaji sehingga berjaya,â katanya.
Ramlah bersama rakannya Napisah Ibrahim, 57, menyertai program tiga hari pandai baca Quran di pejabat Sinar Harian Kelantan bermula hari ini.
Kursus tiga hari bermula 2 hingga 4 Ogos, manakala kursus Cordobana Tajwid pula akan diadakan pada 5 dan 6 Ogos di lokasi sama.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Surena di talian 019 9390693.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment