Tidak perlu minta maaf

Wednesday, August 15, 2018

Tidak perlu minta maaf

Tidak perlu minta maaf

KUALA LUMPUR â€" Tiada keperluan untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon maaf kepada rakyat kerana tidak mampu menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun berkata,  kerajaan telah berjaya mengotakan dua janji manifesto PH iaitu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

Beliau yang juga Presiden PH, berkata, meskipun gagal merealisasikan 10 janji dalam tempoh 100 hari namun kerajaan tetap komited menunaikan kesemua janji dan mengakui sedaya-upaya melaksanakannya dalam tempoh tersebut.

“Tidaklah (minta maaf),memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya-upaya. Sekurng-kurangnya di kementerian saya sudah buat pemberian insentif menerusi skim KWSP Suri untuk suri rumah.

“GST memang susah sekali, sekarang ini kita nak buat supaya kita mampu menampung keperluan dan memulihkan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengakui bukan mudah untuk kerajaan memenuhi semua janji berkenaan.

“Bukan mudah, kita tak ada cukup informasi untuk tahu apa sebenarnya masalah untuk diselesaikan,” katanya.

Pada kempen PRU14 lalu,10 janji PH ialah memansuhkan GST, mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar dan skim caruman KWSP kepada suri rumah serta menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, menyamaratakan gaji minimum, siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal terutama sekali isu 1MDB, menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda, mengkaji semula langkah pemberian projek mega kepada negara-negara asing termasuk menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan juga meningkatkan akses, kualiti perkhidmatan kesihatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment